Profil Syarikat   Gadai Janji   Pemilik Rumah   Maklumat Pinjaman   Borang Permohonan
 
 
 
Perlindungan Gadai Janji Tempoh Berkurang
AXA AFFIN Life Insurance Berhad (AXA AFFIN) menjanjikan sebuah kehidupan sempurna untuk anda miliki dengan penuh keyakinan.
Dengan pelan perlindungan ini, anda mampu meringankan beban kewangan mereka yang tersayang biarpun anda tiada lagi disisi.
 
Ringkasan Manfaat dan Ciri-ciri Perlindungan Gadai Janji
Ciri-ciri Penerangan
Perlindungan
Meninggal dunia atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. Jumlah diinsuranskan yang dikurangkan adalah boleh dibayar apabila berlaku kejadian meninggal dunia atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Khairat Kematian
Membantu melegakan bebanan kewangan keluarga anda disebabkan ketiadaan anda, kami akan membayar wang simpati berjumlah RM1,000 kepada keluarga anda.
Mod Premium
Premium Tunggal. Pembayaran premium adalah mudah dan sekali gus. Pelan tidak akan lupus.
Umur Tamat Tempoh Maksimum
Kematian
Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Menurut tempoh tamat Perlindungan Gadai Janji tertakluk
Menurut tempoh tamat Perlindungan Gadai Janji atau sehingga umur 65 tahun, yang mana terdahulu.
Nilai Serahan Tunai
Jika pinjaman dilunaskan secara awal, hayat diinsuranskan boleh memilih untuk meneruskan perlindungan atau untuk menyerahkan polisi bagi nilai tunainya.
Penerimaan Dijamin
Anda akan menikmati permohonan mudah dan ringkas tanpa pengunderaitan dan pengisytiharan kesihatan.
Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
Perlindungan Gadai Janji melindungi anda 24 jam sehari di mana jua di dunia.
Tuntutan dari Polisi Insurans Lain
Perlindungan Gadai Janji membayar sebagai tambahan kepada mana-mana faedah insurans lain, yang mana peminjam yang diinsuranskan mungkin layak menerimanya.
 
 
 
 
 
©2013 AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD