Profil Syarikat   Gadai Janji   Pemilik Rumah   Maklumat Pinjaman   Borang Permohonan
 
Pemilik Rumah  
 
Pemilik Rumah

Manfaat/ Perlindungan bagi mendapatkan gantirugi atas kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman


Ringkasan Manfaat dan Ciri-ciri Perlindungan Pemilik Rumah
Ciri-ciri Penerangan
Perlindungan
Untuk mendapatkan gantirugi atas kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman disebabkan bencana-bencana berikut:
  1. Kebakaran, kilat,halilintar dan kebakaran bawah tanah.
  2. Letupan
  3. Kejatuhan pesawat udara dan peralatan dan barangan yang jatuh darinya
  4. Pelanggaran oleh kenderaan luar (termasuk pagar rumah dan pintu pagar)
  5. Pecahan atau limpahan tangki air, peralatan atau paip kecuali:
    1. RM50.00 yang pertama
    2. Sekiranya berlaku semasa rumah tidak dilengkapi perabot
    3. Kerosakan tangki, peralatan atau paip itu sendiri
  6. Pecah rumah atau pencerobohan atau percubaan berbuat demikian
  7. Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut kecuali kerosakan bidai dan sengkuap.
  8. Gempa bumi dan letupan gunung berapi.
  9. Banjir
  10. Kerugian sewa atau perbelanjaan yang difikirkan sesuai untuk menyewa tempat tinggal sementara semasa menunggu rumah dibaik pulih, terhad kepada 10% daripada jumlah perlindungan.
  11. Tanggungan Awam (Public Liability) ke atas harta benda dan kecederaan tubuh badan pihak ketiga tidak melebihi RM50,000.00 akibat kemalangan di kawasan rumah.
Nota: Perkara 7, 8 dan 9 tertakluk kepada pengecualian atas jumlah kerugian/ kerosakan RM200.00 yang pertama.
Pengecualian
Peserta tidak boleh menuntut gantirugi kerugian atau kerosakan kepada bangunan rumah kediaman disebabkan bencana-bencana berikut:
  1. Peperangan, pemberontakan, rusuhan dan yang seumpamanya.
  2. Arahan pengambilan atau pemusnahan di atas perintah kerajaan atau penguasa tempatan.
  3. Kebocoran peralatan nuklear atau proses yang berkaitan denagnnya atau bahan sisa nuklear yang menyebabkan pencemaran radioaktif.
  4. Angin ribut, siklon, taufan dan hujan ribut semasa bangunan dalam pembinaan semula, kerja baik pulih dan ke atas kelengkapan luar rumah seperti bidai dan sengkuap.
  5. Pemendapan tanah dan tanah runtuh.
Ciri-Ciri Keistimewaan
Perlindungan ini berjangka panjang mengikut tempoh pinjaman dan tidak perlu diperbaharui setiap tahun. Namun begitu peminjam dinasihatkan mengemaskini nilai harta (Anggaran Binaan Semula) sekurang-kurangnya setiap lima tahun sekali.

 
Nota: Polisi Pemilik Rumah adalah diunderait oleh Etiqa Insurance Berhad (9557-T)
 
 
©2013 AXA AFFIN LIFE INSURANCE BERHAD